Followers

Friday, October 7, 2011

Form 4 & 5 the best!!!


dh dekat 2 tahun aku tinggal kn skola and dh dekat 3 tahun aku tinggal kan f4. bnyk betol kenangan masa f4. sebak aku bila igt balik. tym f4 kelas kitorng siap ada seloka lg.. nk tau sila la baca ek? :)


4 sigma 4/2008

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Putrajaya
Pemanis kata Selamat Datang
Awal Bismillah pembuka bicara.

Tingkat 2 kelas kami
4 Sigma 4 nama diberi
13 Putera 18 Puteri
Belajar dalam aman & harmoni.

Memberi nasihat tanpa henti
untuk kebaikan di lain hari
Time mengandung comel sekali
Puan Marlina nama diberi.

Dengar "Assalaamualaikum Cikgu" setiap hari
Ahmad Nufairi monitor kami
Orangnya tinggi, happy sekali
Arahan diberi langsung tak peduli.

Noor Faezah suke lumba lari
Assistant monitor jawatan diberi
Berhidung tinggi & pandai menari
Mengumpat pula menjadi hobi.

Jika tiada, sunyilah kami
Jika ada, penyeri kami
Gelaran "PENGEBOM" sudah sebati
Itulah Faris Ahmad Zabidi.

Kurus & tinggi fizikal die nie
Itulah Huda sape lagi.
Bermain bola hebat sekali
Syed Faris nama diberi.

Mesti tido setiap hari
Itulah Izzudin & Ipin Rosli.
Lain pula kisah si Haida nie
Kadet polis tetap dihati.

Markah ujian tak boleh nak lawan
Nama Afiq menjadi sebutan.
Nie pula cerita Marwan
Agak pendiam, ntah-ntah ada sawan.

Sekali pandang comel orangnya
Jaga-jaga sudah berpunya
Sanggup berkorban semi cintanya
Saidatul Syahida diberi nama.

Bila cikgu ada fokuslah kononnya
Bila cikgu keluar kecoh dibuat mereka
Sape lagi kalau bukan mereka berdua
Amirul dan Abu Bakr lah orangnya.

Julieana dan Nabilah nama diberi
2 pelajar sehati sejiwa
Suka makan coklat Cadbury
Tak kire di mana jua.

Dalam kelas bising orangnya
Suka bercakap tak henti-henti
Itulah Asmaq diberi nama
Kalau tiada, kelas terus senyap sunyi.

Bermata sepet ketika ketawa
Bila ketawa lupa dunia
Suka melatah tak kire masa
Fatin Azliya diberi nama.

Ini pula Atikah Ramlee
Bab fesyen memang digemari
Celak tak penah lekang di jari
Bajet nak cantik macam puteri.

Berbaju biru setiap hari
Syaheedan pengawas kelas kami
Ingat ke baik, berbudi pekerti
Perangai die sama macam kami.

Kemana-mana mesti bersama
Tidak kira kemana sahaja
Seorang Syahirah, seorang Nadia
Menjadi rebutan ramai jejaka.

Orangnya cute tinggi sekali
Nama Madihah, kami panggil Mady.
Lain pula cerita Azhani
Dari Indonesia terbang ke sini.

Ada kedai di kelas kami
Suke jual "Chokie-Chokie"
Add Math pula subjek diminati
Haifaa Ali empunya diri.

Orangnya kecil, relax sentiasa
Pemalu, pendiam adalah sikapnya
Syahirah Sharuddin diberi nama
"Syirow" pula gelaran dirinya.

Student Tahfiz ada 2
Seorang rendah, seorang tinggi
Memang baik, berhati mulia
Itulah Syed Zulfaez & juga Syahmi.

Sekarang ini sedang bercinta
Bercinta dengan tingkatan 5
Time dating, bawa adik bersama
Sape tak kenal, Amiralah orangnya.

Pergi ke sekolah sesuka hati
Banyak mulut, banyak bunyi
Kalau tak ada sunyilah kami
Itulah Umirah yg happy go lucky.

Namanya Sheera, parenz dye bagi
Orangnya suka tersenyum sendiri.
Laen pula si Irsyad nie
Paling sporting dan comel sekali.

2,3 badak belari
Mana nak sama seloka kami
Ia sekadar penghibur hati
Jangan disimpan di dalam hati.

Semalam terjumpa sebungkus julap
Terjumpa dekat kedai ikan
Jika ada salah & silap
Harap sume dapat maafkan!

 

ketika kawan bertukar menjadi sahabat dan drpd kawan bertukar menjadi keluarga.
i miss you all so much.. ♥♥♥♥♥

NSM(Norsyaheedan Malek) rindu kan korng sume :)

No comments:

Post a Comment